RSS Feed

  • Twitter
  • Digg
  • Stumble

Khasiat Manjakani (Oak Galls)

Manjakani ialah sejenis puru atau benjolan yang terhasil pada kulit sesetengah pokok seperti pokok mempening hasil dari tidakbalas pokok terhadap serangan sejenis tebuan (cynipsh gallae tinctoria).Serangan ini akan menyebabkan kulit pokok bertunas , apabila tebuan mengeluarkan larva dan larva ini menetas sejenis bahan kimia yang merangsang pertumbuhan puru akan terhasil. Buah manjakani yang berkualiti baik selalunya ialah buah yang dipetik ketika anak tebuan mula membesar kerana ketika ini peratus tanin yang tinggi akan dimakan oleh anak-anak tebuan tersebut. Tanin yang tinggi akan meningkatkan lagi khasiat manjakani.Biji manjakani berbentuk bulat berkerutu sebesar biji guli.Warna hijau kebiruannya akan berubah menjadi warna kelabu atau putih apabila ia kering.Bahagian dalamnya berwarna putih kekuningan.

Manjakani sering digunakan untuk tujuan-tujuan berikut dalam perubatan:
• Awet muda: Anti-oksida dalam Manjakani boleh melambatkan proses penuaan sel;
• Pencegahan kencing manis: Asid Galik boleh mencegah kencing manis dan lelah;
• Pencegahan barah payudara dan rahim: Anti-oksida dalam Manjakani boleh mencegah barah buah dada dan barah rahim;
• Pencegahan bau yang tidak diingini: Manjakani yang bersifat astrigen boleh membasmi kuman yang mengakibatkan bau yang tidak selesa pada faraj;
• Merawat otot-otot dalam faraj: Tannin yang terdapat dalam Manjakani mempunyai sifat menegangkan semula otot-otot dalam faraj dan menyebabkan faraj menjadi sempit semula;
• Mengawal lendir dan lelehan faraj: Astrigen juga mampu menyerap lebihan darah haid dan nifas;
• Mengecutkan semula tisu-tisu: Astrigen membantu mengecutkan semula tisu-tisu di dalam faraj terutama selepas bersalin;
• Menegang dan mencantikkan kulit: Astrigen boleh mencantikkan kulit dan mencegah masalah kulit muka seperti jerawat;
• Mata yang sihat: Astrigen terbukti dapat memberikan penglihatan yang jelas kerana ia dapat mengecutkan tisu-tisu mata;
• Merawat payudara: Oleh kerana Manjakani dapat menegangkan kembali otot-otot, maka amalan mengambil minuman Manjakani dapat memperbaiki payudara yang hilang sifat keanjalannya;
• Gigi dan tulang: Kalsium dalam Manjakani dapat membantu menguatkan gigi dan tulang;
• Mulut: Astrigen dalam Manjakani dapat mengekalkan kebersihan mulut;
• Kulit kering dan berminyak: Astrigen dapat mengekal dan mengawal keseimbangan lembapan kulit;
• Merawat ulser: Amalan meminum Manjakani juga dapat membantu merawat penyakit ulser;
• Melawaskan pembuangan air kerana Manjakani mempunyai serat makanan yang tinggi.
• Vitamin, zat galian serta karbohidrat dan protein boleh membantu memberi kesihatan yang baik.

(Source: http://www.melur.com/myherba.asp?plant_id=54)