RSS Feed

  • Twitter
  • Digg
  • Stumble

Khasiat Serai Wangi (Fragrant Lemon Grass)

Oleh Noor Hasnah Adam

SERAI wangi ialah rumput saka yang tinggi dan berbau wangi. Purata saiznya ialah 60cm panjang x 2.5cm lebar.

Daun serai wangi tirus dan hujungnya runcing. Daunnya berwarna hijau muda, kasar dengan urat yang selari dan mempunyai aroma yang lebih kuat jika dibandingkan dengan serai sayur. Serai wangi jarang berbunga dan hanya berbunga bila sudah cukup matang iaitu pada peringkat umur melebihi lapan bulan.

Dari segi perubatan tradisional, serai wangi digunakan untuk rawatan selepas bersalin dan pening kepala.

Caranya ialah dengan menggunakan air rebusan serai wangi dan dicampur gandarusa serta daun sirih sebagai mandian atau dibasahkan kepala dan dilapkan pada seluruh badan.

Serai wangi juga banyak digunakan dalam menghasilkan minyak urut untuk mengatasi masalah kebas-kebas, lenguh-lenguh, gigitan serangga dan kembung perut. Di beberapa negara, serai wangi ditanam khas untuk pengeluaran minyak patinya.

Boleh digunakan untuk mengurangkan bau badan disebabkan oleh bakteria, rokok dan peluh.

Source: http://cyberita.asia1.com.sg/rencana/story/0,3617,117862,00.html?