RSS Feed

  • Twitter
  • Digg
  • Stumble

Khasiat Lintah

Produk kecantikan & Kosmetik daripada lintah

Terdapat kosmetik dan alat kecantikan yang menggunakan Hirudin (bahan dalam saliva lintah). Hirudin ini kebanyakannya terkandung di dalam losen kulit. Namun, selalunya losen ini adalah untuk penggunaan klinikal, bukan sekadar losen kecantikan. Losen ini bertindak membaiki kulit lebih-lebih lagi selepas pembedahan atau kemalangan. Disebabkan kehebatan bahan dari lintah pada reaksi kulit, kebanyakan kosmetik dihasilkan adalah untuk PENJAGAAN KULIT. Bahan kosmetik yang diperbuat daripada lintah yang pernah dihasilkan adalah seperti pelembap bibir, lembapan badan, skin masker form, veil for hair strenghthening, krim bawah mata, tonik pencuci, losen badan, minyak sapuan kulit, tonik kulit, sabun, tonik rambut dan mosturizer muka.

Bahan yang terkandung di dalam lintah yang boleh digunakan sebagai alat kecantikan dan kosmetik :

1) melembapkan kulit (Have humidifying properties)

2) melembutkan kulit (Soften the skin)

3) meningkatkan keanjalan kulit (Increase elasticity of skin)

4) mengurangkan kedutan (Reduce wrinkles)

5) mengurangkan sensitiviti kulit (Reduce sensitivity of skin to external factors (protective properties) )

6) menjadi bekalan bahan semula jadi kulit (Supply skin and saturate, if necessary)

7) mengelakkan rekahan kulit (Eliminate effect of retraction of skin)

8) mengelakkan tompokan putih di kulit (to eliminate blemishes and whiteheads/blackheads on the skin)

9) membersihkan kulit (To clear the skin)

10) mengurangkan pigmentasi (Hinder pigmentation of the skin)

11) Sebagai anti penuaan (Decelerate aging of skin or anti-aging

12) Meningkatkan kadar pertukaran bahan biologi kulit (Stimulate exchange of substances in skin)

13) Meningkatkan kualiti salur darah kulit (Improve microcirculation of blood in capillary system of skin)

Dari sini membuktikan bahan yang terkandung di dalam lintah sesuai untuk dijadikan alat solek, kosmetik dan kecantikan.Walaupun begitu penggunaan lintah demi tujuan kosmetik semata-mata tidak menjadi halangan pada pandangan syarak. Allahu A’lam.


Rujukan: http://www.mymkkk.org/efiqh/view_soalan.php?id=46